Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Sunday, May 6, 2012

Ayuh Bina Hidup Baru !


Alhamdulillah.. Peperiksaan Setara telah berakhir.. Esok, bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Ya Allah, bantulah daku.. Hmm. Kawan-kawan, pernah tak anda semua berasa lemah semangat? Hah ! Semalam, ada seorang rakan ana minta pendapat ana : "Aisyah, macam mana nak kuatkan semangat ea?".. Sebenarnya, semuanya atas diri kita sendiri.

Bagi pendapat ana.. Kita lemah semangat ni mesti ada sebabnya. Adakah kita sudah tidak minat akan pelajaran? Mungkin.. BUANG segala tanggapan negatif ! Ayuh mulakan hidup baru ! Motivasi itu adalah SANGAT PENTING bagi setiap individu. Seramai manapun orang di sekeliling memberi semangat kepada kita, tapi jika kita sendiri tiada motivasi untuk ke arah yang positif, tiada gunanya.

Hmm.. Di sini, ana nak kongsikan cara ana urus masa di sekolah. InsyaAllah.. Kawan-kawan bolehlah praktikkannya di sekolah. Semoga semua mendapat manfaat..

- Di dalam kelas, FOKUS 100% semasa guru sedang mengajar. Pengalaman ana, kalau ana layan perasaan mengantuk, memang RUGI SANGAT-SANGAT.. Banyak yang kita akan ketinggalan. So, kalau timbul rasa mengantuk, cepat-cepat ke tandas, basuh muka. Sebolehnya, wudhu'. (Jika tak memakan masa sangat la)

- Waktu rehat, beli makanan di kantin, (sikit-sikit je la, JIMAT..) selepas itu, pergi ke surau, buat solat sunat dhuha. 2 rakaat pun dah memadai. Nak tau fadhilat solat sunat dhuha? Klik link ni >> http://solatsunatdhuha.blogspot.com/

- Seterusnya, segala homework yang cikgu bagi, catatkan dalam satu buku nota khas. Pastikan kita tahu bila tarikh mesti dihantar.

- Pada waktu rehat tengahari, ambil peluang ni untuk buat homework. Dan.. Jangan lupa, qailullah (tidur sekejap sebelum zohor).. Jangan tidur lama sangat. 15 minit pun dah cukup. Ingat ! SOLAT BERJEMAAH !!

- Petang-petang, pelajar lain biasanya akan beriadah. Tapi, entah kenapa, diri ana ni tak berapa suka untuk bersukan (tak elok sebenarnya.. hehe..) Pada waktu ni, ana akan sambung buat homework.. Kadang-kadang, apabila timbul perasaan malas tengok buku, ana akan buat perkara lain.. Gosok baju ke, santai-santai ke (tak boleh selalu tekankan pelajaran, kan?). Kekadang, kawan-kawan ana akan ambil peluang petang-petang untuk ceritakan masalah / minta pendapat.

- Antara waktu maghrib dan isya', ngaji banyak-banyak. Manfaatkan masa yang ada. Rugi sangat-sangat kalau kita penuhkan masa tu dengan berbual-bual kosong atau yang sewaktu dengannya.

- Seterusnya, waktu prep malam.. Gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk siapkan homework. Biasanya, ana akan buat homework yang cikgu nak esok. Kalau tak tahu jawapan, tanya kawan. (Malu bertanya sesat jalan !)

- Sebelum tidur, pastikan dah baca 2 surah ni : Al-Mulk dan As-Sajdah..

*Kekadang, bukan semuanya ana buat. Ada jugak yang tertinggal.. Tapi.. Cubalah untuk istiqamah.. Hmm.. PRACTICE MAKES PERFECT..!!

Bukan itu sahaja.. Antara perkara PALING PENTING ialah, hablumminallah wa hablumminannaas.. (hubungan dengan Allah & hubungan dengan manusia). Tunaikan solat lima waktu secara berjemaah. Buat solat sunat rawatib.. Jaga hati kawan-kawan anda. Kalau ada menyakiti hati kawan, cepat-cepat minta maaf. Kita tak tahu bila ajal kita tiba. Mungkin, malam itu merupakan malam terakhir kita hidup di dunia ini..

Ingat !! Sentiasa ucap "terima kasih, cikgu" dan "maafkan saya, cikgu" setiap kali berakhirnya kelas.

InsyaAllah, itu sahaja untuk entri kali ni. Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah.. Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.. Jumpa lagi !!