Sheikh Yusof al-Qardhawi merupakan tokoh antarabangsa yang amat ana kagumi. Berikut merupakan latar belakang kehidupan beliau.
Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam
abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori
yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra
Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.
Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga
yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah
ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun
setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa
saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan
sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan
penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata
Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika
berusia masih terlalu awal.”
Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di
kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau
memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian
Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan
lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui
sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah
petang.
Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun,
saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran
sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika
mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang
dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membca akhir
surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya
menbaca akhir setip surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid.
Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan
pada setiap pelajar di kuttab.”.
Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak.
Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan
agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari
khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada
saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutam solat jahriah kerana kurniaan
Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik.Ini merupakan
penghormata yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain
sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya.
Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi.
Sausana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalm membentuk
jiwa seseorang.Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan
mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang
telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal
al-Quran.
Agama merupakan faktor utama yng sangat mempengaruhi
kehidupan penduduk shafat al-Turab. Agama adalah penunjuk arah bagi pemikiran
serta sumber utama dalam membentuk budaya mereka dan memberi pengaruh utama
dalam kegiatan harian mereka. Perkara ini dapat diketahui melalui kegiatan
penduduk di situ yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid terutama dalam bulan
Ramadhan, sambutan hari kebesaram Islam seperti perayaan sambuatan Maulid nabi
dan Israk mikraj. Di samping itu, penduduk kampung amat peka terhadap pengajian
al-Quran kepada kanak-kanak. Terdapat empat kuttab dalam kampung tersebut iaitu
kuttab Syeikh Dasuqi, Kuttab Syeikh Nuruddin, Kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail
dan Kuttab Syeikh Yamani Murad. Al-Qaradhawi belajar di kuttab Syeikh Hamid Abu
Zuwail. Al-Qaradhawi juga telah menghafal kitab al- Tuhfat yang berisi
hukum-hukum tajwid. Sejak itu juga, beliau menjadi imam solat dan penduduk
kampung amat menyukai bacaanya ketika bersembahyang. Mereka selalu menyuruh
beliau menjadi imam terutama solat Subuh dan sejak itu mereka mengelarkannya
sebagai ‘syeikh Yusuf’ . Pada masa itu, umurnya berusia 10 tahun.
Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca
buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja,
tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan
kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku
tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari
perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu
kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti,
Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad
Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud
al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.
Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah,
ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat
Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.
Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di
Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang
mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab
selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan
dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau
menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh
Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.
Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi
di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan
pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan
untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan
dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu,
beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun
1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian
dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.
Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi
Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis
buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga
membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama
dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh
keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna.
Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis
mengenai asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi
menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang bekerja
danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat realiti dan bukan
seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-Qaradhawi, tarbiah Ikhwan
merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia berteraskan asas pendidikan Islam yang
sempurna.
Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh
seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh
tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut
al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya
daripada pendidikan formal yng dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya
dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dn keilmunnya.
Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab
mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan ketua markaz
Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah
umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah yang beliau sampaikan itu kemudian
dihimpunkan menjadi sebuah buku yang berjudul tazkirah al-du’at. (Peringatan
buat Juru dakwah). Al-Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam
halaqah yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih
adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina Kaabah.
Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad Damardasy Murad,
Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni. Halaqah ini diadakan pada setiap
hari Isnin selepas solat subuh. Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka
melakukan amalan –amalan kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana
ketuhanan yang sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan
Muhammad al-Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi
masih lagi menuntut di Tanta.
Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad
Abdullah Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan
ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya seperti falsafah
al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai hubungan khusus dengan Syeikh
Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh
Abdul Halim Mahmud yang mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi
bersama rakan-rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan
Abdul Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada tahun
empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-Qaradhawi dalam subjek
tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-Munqidh min al-Dalal karya Imam
al-Ghazali.
Di al-Azhar beliau jug belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir
dan Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad
Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith, Salih Ashraf
al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri, guru dalam bidang ilmu
tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang ilmu falsafah dan Tayyib
al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.
Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak
mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau bukanlah
carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi ketokohan mereka.
Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan rujukan dari segi pemikiran dn
tingkah laku sahaja. Beliau menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada
saya ialah saya mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yng
membuta tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada
Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya hanya
mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya kagumi.
Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah
Syeikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa
tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida
seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam
maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan
al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali,
Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.
Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering
menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa
semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali
yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil,
kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya.
Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi
pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn
Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak
menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu sepertimana kedua-dua
tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-orng terdahulu daipada mereka.
Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh
islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu
tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya,
kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya
bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam
sejak dalam usia yang terlalu muda.


No comments:
Post a Comment