Hmm.. X caye rase.. Dah 15 taon ana idop atas bumi Allah nie.. Ya Allah.. Trime kasih krn tlh bg ana peluang utk teruskan hidup ana sbg khalifah atas bumiMu ini..
Pages
Archive
Saturday, October 29, 2011
Thursday, October 27, 2011
Sungguh MENARIK dan TERTARIK ...
Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.
Aku dan Mr. X masih asyik bersembang sambil menikmati kopi panas yang meletup!
"Kita akan tertarik kalau sesuatu itu menarik."
Alamak..Mr. X sudah memulakan bicara falsafahnya.
"Mmm..betul," jawabku ringkas.
"Jadi kalau semua benda ini menarik maka kita akan tertarik," sambung Mr.15.
"Betul," aku masih lagi kurang faham akan maksud sebenar pernyataan ini.
"Maka kalau kita menarik semua orang akan tertarik."
"Cumanya...setiap orang itu berbeza daya tarikannya," responku
"Kenapa perlu mencari perbezaan dalam keadaan kita banyak persamaan. Cuba kalau disusun semula kenyataan kami; setiap orang itu sama daya tarikannya," balas Mr.15.
"Mm...secara teori kita boleh bercakap tentang persamaan, tetapi realitinya...."
"Itulah masalahnya Usop..mari saya ceritakan satu kisah," Mr. X membuka cerita misteri...jeng jeng jeng...
Kampung Y adalah sebuah kampung yang jauh di pedalaman. Kampung ini mempunyai populasi sekitar 500 orang. Uniknya, semuanya tidak berselipar ataupun bersepatu.
Satu hari mereka dikunjungi oleh dua orang pemuda dari bandar. Ahmad dan Abu. Ahmad dan Abu adalah jurujual kasut dari dua syarikat yang berbeza. Mereka datang untuk membuat tinjaun melihat ruang-ruang pemasaran yang ada di kampung ini.
Pulang dari membuat tinjauan, Ahmad dan Abu menyiapkan tugasan yang diberikan.
Laporan Abu :
Kita akan mengalami kerugian yang besar sekiranya kasut kita dipasarkan di kampung ini kerana tidak ada seorang pun yang memakai kasut di sini.
Laporan Ahmad :
Kita bakal mendapat keuntungan yang besar! Tidak ada siapa pun lagi yang pernah memasarkan kasut di sini. Cepat!
"Faham?" Mr. X menutup ceritanya.
"Mm...faham cerita tu..tapi apa kaitannya dengan perbualan kita tadi?" tanyaku sedikit kehairanan.
"Kamu ni...begini...dalam hidup ni, kita akan sentiasa melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek; aku ringkaskan; kita lihat daripada 2 aspek yakni positif dan negatif.
Ramai orang pilih untuk melihat dari aspek negatif, hanya segelintir yang melihat secara positif.
Ingat, what u see is what u get!
Orang ke kedai nak beli gula takkan dapat garam! Jadinya, kalau kamu terus menerus melihat perbezaan, kamu akan terus menerus mencari perbezaan. Sampai mati pun kamu akan cakap pasal perbezaan. Yang kita ketandusan sekarang ini adalah manusia yang proaktif yang mencari persamaan!
.....
"Faham?!"
Aku menganggukkan kepala. Berfikir. Sungguh menarik dan tertarik.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Sebagai seorang muslim, kita harus selalu berusaha menempatkan Allah sebagai satu-satunya penolong. Bila Allah telah menjadi penolong seseorang, maka keamanan pasti akan ditemui di mana pun dan kapan pun.
Ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api yang membara, beliau berkata : "Hasbunallah wa ni'mal wakiil" (cukuplah Allah sebagai penolong), maka Allah menjadikan api terasa sejuk dan Ibrahim pun selamat dari kobarannya. Ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya terdesak oleh serombongan pasukan kaum kafir, mereka berkata : "Hasbunallah wa ni'mal wakiil", maka mereka kembali dengan mendapat nikmat dan karunia Allah.
"Mereka tidak mendapat bencana apa-apa dan mereka mengikuti keridhaan Allah, dan Allah mempunyai karunia yang besar." (Ali Imran : 174)
Sudah semestinya kita hanya meminta dan bersyukur pada Allah. Sudah seharusnya juga kita beribadah dan mempersembahkan amal shalih hanya kepada Allah. Tidak sepantasnya kita meminta kepada selain Allah. Dan tidak sepatutnya kita bersyukur kepada selain-Nya.
"Tidaklah sesuatu musibah menimpa seorang muslim kecuali Allah akan hapuskan (dosanya) karena musibah tersebut, sampai pada masalah duri yang menusuknya." - (HR. Bukhari no.5640 dan Muslim no. 2572 dari 'Aisyah)
Mulai hari ini, jadikanlah kalimat "Hasbunallah wa ni'mal wakiil" sebagai dzikir dari semboyan hidup. Jika harta menyusut, hutang menumpuk, penghasilan berkurang, dan sumber pendapatan menyempit, ucapkanlah : "Hasbunallah wa ni'mal wakiil"
Ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api yang membara, beliau berkata : "Hasbunallah wa ni'mal wakiil" (cukuplah Allah sebagai penolong), maka Allah menjadikan api terasa sejuk dan Ibrahim pun selamat dari kobarannya. Ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya terdesak oleh serombongan pasukan kaum kafir, mereka berkata : "Hasbunallah wa ni'mal wakiil", maka mereka kembali dengan mendapat nikmat dan karunia Allah.
"Mereka tidak mendapat bencana apa-apa dan mereka mengikuti keridhaan Allah, dan Allah mempunyai karunia yang besar." (Ali Imran : 174)
Sudah semestinya kita hanya meminta dan bersyukur pada Allah. Sudah seharusnya juga kita beribadah dan mempersembahkan amal shalih hanya kepada Allah. Tidak sepantasnya kita meminta kepada selain Allah. Dan tidak sepatutnya kita bersyukur kepada selain-Nya.
"Tidaklah sesuatu musibah menimpa seorang muslim kecuali Allah akan hapuskan (dosanya) karena musibah tersebut, sampai pada masalah duri yang menusuknya." - (HR. Bukhari no.5640 dan Muslim no. 2572 dari 'Aisyah)
Mulai hari ini, jadikanlah kalimat "Hasbunallah wa ni'mal wakiil" sebagai dzikir dari semboyan hidup. Jika harta menyusut, hutang menumpuk, penghasilan berkurang, dan sumber pendapatan menyempit, ucapkanlah : "Hasbunallah wa ni'mal wakiil"
Saturday, October 22, 2011
SAD ?? It's not the SOLUTION...
Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana
sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya
kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada
di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan
hidup yang mewah.
Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah
kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita
lebih baik dari orang lain.
Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha
bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai
manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan
pertolongan dari-Nya.
Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita
mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah
yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang
Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang
maha esa.
Mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang
melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali
kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila
Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya.
Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih
tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".
Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T
sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah
keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita.
Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan
berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan
kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah
kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan
terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi
masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan,
membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan
membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.
Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T.
Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur
akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak
pandai mengatur.
HaRi2 ade EXAM...
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan
sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah
gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan
daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
- Riwayat: Abdullah bin Mas'ud r.a
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin akan
menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana
terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan
dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." - Riwayat
al-Hakim
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia
tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan
Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan
seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan
atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Umat Islam akan diuji
dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki
terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang
sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan
bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini
menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar
daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat
dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat
menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan
Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan. (al-Insyirah:6) 5.
Tanpa masalah atau ujian tidak
akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah
adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Setiap hari kita ada ujian. Dalam bentuk yang pelbagai seperti pilihan nafsu, akal, atau mengikut Al-quran.
فَإِذَا
مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً
مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ
وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: ""Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku"". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui
(Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: ""Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku"". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui
(Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)
Jadi... Sesulit mane pon ujian yg kite hadapi.. Hadapilah dgn tabah n sabar...
SAHABAT...
Sahabat?? Kawan?? Friend?? Zamiil?? Sodiiq?? Sumenye same..
Kita hidup kat dunia nie... Mmg sgt2 perlukan kawan...
Bagi kita, kawan adalah segala-galanya..
Kat imtiaz.. Ana jumpe ramai kawan.. Terima kasih kerana menjadi kawan ana..
Eyh, teringat plop kengkawan time kat sumai ari 2..
Mase 2.. Walaupun ana sorg je banat dr skolah ana..
Alhamdulillah.. Ana dpt sesuaikan diri..
Ckp2 psl kengkawan kat sumai ni.. Rindu r plop dyorang..
![]() | ||||
| ~ pina, mirah, syahirah, tehah, fifah, pikah, ana, hanan, fazlin, su, airal n farra | ~ |
Kaifa halukunna?? Agak2 bile kite akan jumpe mule ea??
Bilik 202...penuh kenangan.. Teringat korang..Rase nk gelak r plop..
Walaupun hanye 4 hari kite bersama.. Ana xkan lupe entunna sume..
Trime kasih r sbb sanggup jadi kawan ana..Ana minx maaf ea...
Sepanjang kite kem ari 2..Kalo ana ade wat salah, ana minx maaf..
Awal2.. Org pertama ana knal.. FAZLIN AZIMA..
(enti jgk r yg calonkan ana jd PENOLONG KAPTEN...aduyai, x psl2)
Skali agi, thanx sbb jd kawan ana..
Mase 2, skoloh ana, ana sorg banat..4 org banin..
DAN.. enti ngn AIRAL lah yg jd peneman ana..
Pas2, makin lame, makin ramai yg ana knal..
ALHAMDULILLAH..Terima kasih, ya Allah kerana kurniakan ana kawan cam diorg..
Korg..Ingat x..Ari last, kite tido same kat luar..Bak kate sape ow..
"ALA..KITE DOK JUPE DOH..BIAR R JD KENANGAN TERINDAH.."
eyh, btol ke ayat org..entah2 ayat ana..hehe..pape je la..
Ingat x..kalo tyme blajar, sep2 bilik kite sokmo duk dpn..
Haha..ngade r kite kan??xpe2..ade r skali due duk lakang..
Nak ilmu, kene r rapat ngn cikgu kan??
HANAN..Thanx sbb jd pentasmi' ana sepanjang kem ari 2..
Moge2 enti diberkati Allah.. InsyaAllah..
Kawan2 yg len :
SYAFIQAH, AMIRAH, SOFEANNA, SYAHIRAH, FATIHAH, AFIFAH, SUHAIDA n FARAIZA..
Kalo nk crite sal entunna..panjang lagi r alamatnye..sori r, ana dh ngantuk nie..
Ni, ade skit psl SAHABAT.. Ana ambik kat iluvislam.com..
Jadilah sahabat bagaikan pelangi, jarang sekali ia hadir, namun sudah
cukup menceriakan hati. Sahabat yang baik, hadirnya menenangkan,
perginya tidak membuatkan kita gelisah. Kerana kita tahu dia pandai
menjaga diri dan iman.
Sayangkah kita pada sahabat? Kita cakap kita sayang, tetapi bila kita
melihat di depan mata mereka melakukan kesalahan, kita akan
teragak-agak untuk menegur. Takut-takut kalau ditegur nanti akan ada
yang terasa hati. Tetapi kita patut lebih takut apabila nanti tidak
bertemu di syurga. Kalau boleh ke syurga bersama-sama.
Sahabat itu susah dan senangnya bersama. Sahabat itu berlapar
bersama. Sahabat itu berpanas berhujan bersama. Sayangilah sahabat
kerana Allah. Insya Allah, sahabat juga akan sayangkan kamu.
ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 67)
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 67)
Friday, October 21, 2011
Bersabarlah DUHAI HATI....
Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar
dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan
menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu
adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat
kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa
untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita
cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga
kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa
yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak
daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan
dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan
dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk
iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu
benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan
segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian.
Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan
ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala
membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali
mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita
persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya.
Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan
ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini
tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan
apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk
kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding
Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang
timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha
Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia
lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum
yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah :
45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang
mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap
hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai
hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
DiaMonDs ??
banin n banat f3 ikt...
meh r same2 kite jd cam diamond ni ea..
kelip2...baru comey...
same2 kite tunjuk contoh terbaeq
utk adeq2 ikt..insyaAllah..
ana tahu, DIAMOND boleh!
jgnla kite musnahkan diri kite sendiri..
same2 kite bangkit!!
tunjukkan diri kite yg sebenar!!
Get your Twitter to look nice with aCustom Twitter Backgrounds
PMR dh abes...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!
lame dah ana x bukak blog ana nie...
insyaAllah ana akan cuba masukkan input2 yg bermanfaat..
harap2 entum dapat sebarkan segala ilmu yg insyaAllah akan ana kongsikan....
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Me
- Siti 'Aisyah Muhdi
- "Unzur ila ma qola, wa la tanzur ila man qola - Lihatlah pada apa yg dikatakan, bukan pada siapa yang berkata" ~ Saidina Ali











