Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan
sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah
gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan
daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
- Riwayat: Abdullah bin Mas'ud r.a
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin akan
menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana
terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan
dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." - Riwayat
al-Hakim
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia
tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan
Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan
seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan
atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Umat Islam akan diuji
dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki
terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang
sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan
bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini
menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar
daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat
dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat
menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan
Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan. (al-Insyirah:6) 5.
Tanpa masalah atau ujian tidak
akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah
adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Setiap hari kita ada ujian. Dalam bentuk yang pelbagai seperti pilihan nafsu, akal, atau mengikut Al-quran.
فَإِذَا
مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً
مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ
وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: ""Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku"". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui
(Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: ""Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku"". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui
(Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)
Jadi... Sesulit mane pon ujian yg kite hadapi.. Hadapilah dgn tabah n sabar...


No comments:
Post a Comment