Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah..


22 /12 / 2011 - Hmm.. Tarikh yg sungguh bermakna bg diri ana.. Ana dpt menghadiahkan keputusan yg cemerlang iaitu 9A PMR kpd ummi.. Alhamdulillah.. Sm0ge kejayaan kali ini dpt ana kekalkan bg mencapai misi seterusnya iaitu 11A+ SPM 2013, insyaAllah.. 

Berikut adalah Analisis Keseluruhan Sekolah2 keputusan PMR seluruh Terengganu. Ana hanya memaparkan hanya 15 sekolah terbaik TERENGGANU.

1. SM Sains Sultan Mahmud (SBP KPM)8A-86,7A-2 GP 1.03
2. SM Imtiaz Besut (Sekolah Elit Kerajaan Terengganu) 9A-39 GP 1.04
3. SMK Mak Lagam (Sekolah Elit JPNT) 9A-11, 8A-79 GP 1.04
4. SMK Lembah Bidong (Sekolah Elit JPNT) 9A-18, 8A-62 GP 1.07
5. SMK Tengku Mahmud (Sekolah Premier) 8A-109, 7A-1 GP 1.09
6. SM Imtiaz Kuala Berang (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-37 GP 1.09
7. SM Imtiaz Dungun (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-57 GP 1.11
8. SM Imtiaz Kuala Terengganu (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-60 GP 1.11
9. SMKA Sheikh Abdul Malek (Sekolah Agama Harian KPM) 9A-128 GP 1.13
10. SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMA Kerajaan Trg) 9A-67 GP 1.13
11. SBPI Batu Rakit (SBP KPM) 9A-43 GP 1.14
12. SMK Chukai (Sekolah Premier) 9A-14, 8A-71 GP 1.17
13. SM SAINS DUNGUN (SBP KPM) 8A-41 GP 1.20
14. SMK Tg. Ampuan Intan (Sek Premier) 9A-6, 8A-45 GP 1.23
15. SMKA Wataniah (Sek Agama Harian KPM) 9A-32 GP 1.23


Alhamdulillah.. Seramai 60 org drpd 119 cal0n pmr sk0lah ana dpt straight A.. Syukur padamu, ya Allah.. Kepada rakan seperjuangan, DIAMOND KNIGHTS.. Ayuh !! Sama2 kita teruskan kecemerlangan kita utk peperiksaan yg seterusnya, SPM pd thn 2013.. 

Universiti Mu'tah, Jordan.. Akn ana lakukan apa saja bg mencapai target ana utk ke sana.. InsyaAllah.. Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku utk mencapai hajatku bg menyambung pelajaran ke sana.. Sesungguhnya, "Nothing is IMPOSSIBLE !!"



22 / 12 / 2011.. Selain dpt menghadiahkan ummi kejayaan cemerlang, Alhamdulillah jgk,, ana m'dpt s0rg SAHABAT yg insyaAllah akn saling mengasihi n membenci antara satu sama lain hanya kerana Allah.. Terima kasih, sahabat.. Melalui perbuatanmu,, Ana dpt mendekatkan diri kpd Allah.. Sungguh, enta tlh mengajar ana erti PERSAHABATAN yg SEBENAR.. Bersahabat bkn krn menginginkan sesuatu drpdnya.. Tp,, cukup dgnnya, kita dpt mendekatkan diri kita kpd Allah..


Sebuah hadis Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr ada menyebut"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." 


Sesungguhnya... "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad) .. 
Terdapat juga ayat Al-Qur'an surah Al-Furqan: 27-29, yg berkaitan persahabatan..

"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. 

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)



# kita yg menentukan.. Minyak wangi atau tukang besi.. Fikir2kanlah..

Terdapat banyak lagi hadis yg menyebut tentang persahabatan.. Di sini, ana akn k0ngsikan beberapa hadis yg berkaitan..


Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)

Hadis Persahabatan: Rasa Sayang
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:



عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. 
(Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermanis muka apabila bertemu dengan sahabat” 
(Riwayat Muslim)


Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:



عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” 
(Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:



عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” 
(Riwayat Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh
الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك
“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad
الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك
“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” 
(Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)



Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah
عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
تهادوا تحابوا
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)



Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:



للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز
“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Sebagai penutup bg p0st kali nie.. Ana nk sertakan satu kata-kata Imam Al-Ghazali : "Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"


Sm0ge PERSAHABATAN ini akn tr0s kekal menjadi SYAFAAT, terukir indah di pintu JANNAH.. InsyaAllah.. Syukran wa jazakallahu khairan, SAHABAT !!!

2 comments:

DayDreamDoodler said...

alhamdulillah...^_^
tahniah buat adik...
amin,semoga Allah memberi masa dan peluang untuk meneruskan perjalanan dakwah adik.

Siti 'Aisyah Muhdi said...

Terima kasih, DayDreamDoodler.. InsyaAllah..