Friday, February 10, 2012

Tanggungjawab Minallah..


Alhamdulillah, sama-sama kita bersyukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk menikmati ni'mat yang paling besar iaitu ni'mat iman dan Islam.. Subhanallah walhamdulillah.. Semoga kita semua sentiasa dirahmati-Nya.

Semua orang punya tanggungjawab kan? Begitu juga ana. Ana memegang tanggungjawab sebagai pelajar, anak dan banyak lagi. Pada tahun ini, amanah yang wajib ana pikul semakin bertambah. Ana dilantik sebagai penolong ketua kelas, ajk ting. bagi persatuan puteri islam, naib setiausaha firqah ZA'AMAH, ajk ting. bagi persatuan pendidikan islam, naqibah, BADAR bagi lajnah musolla, setiausaha bilik, pengawas perpustakaan dan yang ana kira paling berat ialah.. PENGHULUWATI bagi tingkatan 4.

Dalam masa setahun, ana mesti laksanakan semua tanggungjawab ana tadi dengan amanah. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini. Hanya engkau yang Maha Mengetahui apa yang ana fikirkan buat masa sekarang. Harapan ana, semoga ana dapat mewujudkan bi'ah solehah di sekolah ana. Mungkin, ana boleh bermula dengan form ana sendiri. InsyaAllah.

Sesungguhnya, amat berat dugaan dan cabaran yang mesti ana hadapi. Kawan-kawan, bantulah ana... Ana tak kuat untuk melakukannya secara bersendirian. Ana perlukan sokongan dan dorongan drpd entum. Ayuh, sama-sama kita jadi qudwah hasanah bagi adik-adik kita di imtiaz. InsyaAllah. Moga-moga form kita dapat menjadi batch terbaik..!!

Hmm.. BADAR?? Musolla?? Agak-agaknya, aktiviti apa yang boleh ana lakukan untuk bhg musolla ek? Kpd pembaca sekalian, kalau ada apa-apa cadangan, bolehlah usulkan kpd ana di fb ana .. Syukran atas kerjasama entum.

Sbg naqibah, apakah tanggungjawab ana? Hmm.. Ana harus memastikan ahli usrah ana memahami Islam dengan sebaik-baiknya, kan? Jadi, ana mestilah persiapkan diri dgn ilmu yang secukupnya untuk disebarkan kepada zumala' dan semua masyarakat Islam.


Ana akhiri post kali ini dengan kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib : Barangsiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiaptindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. 

Syukran, wassalam.

No comments: